Select your language

Kursus Penyeliaan Berkesan

 

16 Oktober 2025 – Bagi memperkukuh keupayaan penyeliaan yang berkesan dalam kalangan warga kerja, Kursus Penyeliaan Berkesan telah dilaksanakan oleh Bahagian Pentadbiran dan Sumber Manusia (BPSM) sebagai platform untuk meningkatkan kemahiran kepimpinan, komunikasi strategik dan pemantauan prestasi. Program ini turut menekankan pembentukan penyelia yang berdaya saing, berintegriti serta mampu memimpin dengan teladan.

Inisiatif penjanaan pendapatan ini telah disertai oleh 74 orang peserta, terdiri daripada 57 staf UiTM dan 17 peserta daripada agensi luar termasuk Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS), Pejabat Agama Islam Daerah (Hulu Langat, Klang, Petaling dan Gombak) serta Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB).

#UCSCemerlang

Sumber: Unit Komunikasi Korporat

Hubungi Kami

Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
Kampus Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam,
Selangor, Malaysia

Emel: korporatucs@uitm.edu.my

Tel: +603-3258 4000