Select your language

Program “Biodiversity Conservation” Penanaman Pokok

 

19 Oktober 2025 – UiTM Cawangan Selangor berbesar hati terlibat sama dalam Program “Biodiversity Conservation” Penanaman Pokok yang telah berlangsung di Hutan Simpan Kapar Tambahan, Pantai Sungai Janggut, Kuala Selangor. Program anjuran Pejabat Daerah & Tanah Kuala Selangor ini turut melibatkan kerjasama Pejabat Penghulu Mukim Jeram, Pejabat Perhutanan, UiTM, KPTM, AADK dan JPAM, dengan penyertaan seramai 38 pelajar Non Residen dan 4 orang staf UiTM Cawangan Selangor.

Penganjuran program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran terhadap peranan penting ekosistem bakau dalam kelestarian alam sekitar serta memupuk semangat kesukarelawanan dalam kalangan pelajar dan komuniti melalui aktiviti pemuliharaan bersama.

#UCSCemerlang

Sumber: Unit Komunikasi Korporat

Hubungi Kami

Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
Kampus Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam,
Selangor, Malaysia

Emel: korporatucs@uitm.edu.my

Tel: +603-3258 4000