
19 Oktober 2025 – A.R.T Vibes Festival 2025 anjuran Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Cawangan Selangor dengan kerjasama Bahagian Perkhidmatan dan Pembangunan OKU (U-DServeD) serta kolaborasi bersama Sekretariat Mahasiswa Fakulti (SMF), Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) dan Persatuan Kesenian dan Kebudayaan (PERSENI) telah berlangsung dengan jayanya di UiTM Cawangan Selangor, Kampus Puncak Alam.
Festival ini menjadi wadah strategik dalam memperkasa potensi mahasiswa melalui pendedahan terhadap bidang seni, teknologi dan kreativiti, di samping memupuk nilai inklusiviti melalui penglibatan pelajar berkeperluan khas serta kolaborasi pelbagai pihak. Penganjuran A.R.T Vibes Festival 2025 turut menjadi platform untuk mahasiswa menyerlahkan bakat dalam bidang seni persembahan, reka bentuk, teknologi visual dan inovasi digital yang selari dengan perkembangan industri kreatif masa kini.
Sumber: Unit Komunikasi Korporat
