Select your language

Lawatan penandaarasan Cawangan Penyelidikan dan Kompetensi, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)

 

22 Oktober 2025 – Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) telah menerima kunjungan lawatan penandaarasan daripada Cawangan Penyelidikan dan Kompetensi, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi tujuan perkongsian amalan terbaik dalam pelaksanaan kompetensi, pembangunan bakat staf serta pelaksanaan kaedah pengurusan rekod jabatan. Delegasi SPRM yang terdiri daripada 12 orang pegawai, diketuai oleh Ketua Cawangan Penyelidikan dan Kompetensi, PKPj Azlan Abd Aziz, turut dibawa melawat Sudut EKSA dan Sudut Kitar Semula BPSM sebagai sebahagian daripada pengisian lawatan.

Lawatan ini bukan sahaja memperkukuh hubungan strategik antara kedua-dua organisasi, malah menjadi platform perkongsian ilmu dan amalan terbaik ke arah meningkatkan kecekapan pengurusan sumber manusia serta memperkukuh tadbir urus organisasi berteraskan integriti dan profesionalisme.

#UCSCemerlang

Sumber: Unit Komunikasi Korporat

Hubungi Kami

Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
Kampus Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam,
Selangor, Malaysia

Emel: korporatucs@uitm.edu.my

Tel: +603-3258 4000