
22 Oktober 2025 – UiTM Cawangan Selangor menerima lawatan daripada Prof. Dr. Mohd Sazili Shahibi, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar, UiTM, yang meluangkan masa meninjau kemudahan di hentian bas Kampus Puncak Alam. Lawatan ini bertujuan menilai keadaan semasa kemudahan pengangkutan serta memastikan kebajikan dan keselesaan pelajar terus diberi perhatian.
Dalam lawatan tersebut, beliau turut berkesempatan menyantuni pelajar dan mendengar pandangan mereka berkaitan kemudahan kampus. Usaha ini selaras dengan komitmen universiti untuk memperkukuh kualiti perkhidmatan serta mewujudkan persekitaran kampus yang mesra dan kondusif buat warga pelajar.
Sumber: Unit Komunikasi Korporat
