
23 Oktober 2025 – Persidangan Parlimen Mahasiswa UiTM Cawangan Selangor Penggal Ke-5 telah berjaya dianjurkan dengan enam usul daripada tiga teras utama dibahaskan secara kritis dan konstruktif oleh 70 Ahli Perwakilan. Ucapan penggulungan telah disampaikan bagi merangkum keseluruhan perbahasan dan hasil perbincangan sepanjang persidangan.
Semua usul yang diluluskan akan direkodkan dalam Buku Resolusi untuk dibentangkan kepada pihak pengurusan tertinggi UiTM Cawangan Selangor. Persidangan ini menjadi platform memperkukuh suara mahasiswa serta menggilap potensi kepimpinan pelajar UiTM Cawangan Selangor.
Sumber: Unit Komunikasi Korporat
