
27 Oktober 2025 – Bahagian Pentadbiran dan Sumber Manusia UiTM Cawangan Selangor telah menganjurkan Program BPSM Connects@PTJ bersama Bahagian Hal Ehwal Pelajar sebagai platform libat urus bagi memperkukuh perkongsian maklumat berkaitan hal ehwal perkhidmatan BPSM kepada warga staf HEP.
Program ini bertujuan memberi ruang dan peluang kepada staf untuk memahami dengan lebih mendalam bidang tumpuan serta perkhidmatan yang ditawarkan oleh BPSM. Inisiatif siri ke-4 ini sejajar dengan usaha berterusan memperkukuh kefahaman dan meningkatkan indeks kegembiraan staf UiTM Selangor.
Sumber: Unit Komunikasi Korporat
