Select your language

Invention, Innovation & Design Exposition 2025 (iidex2025)

 

28 Oktober 2025 – Sekitar pameran dan pertandingan Invention, Innovation & Design Exposition 2025 (iidex2025) yang berlangsung dari 28 hingga 30 Oktober 2025 di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC), UiTM Shah Alam. Acara berprestij anjuran Jabatan Penyelidikan & Inovasi (JPI), UiTM ini menghimpunkan 15 kontinjen dengan 181 pendaftaran produk inovasi melibatkan 56 individu pada hari pertama penganjuran.

UiTM Cawangan Selangor turut mengambil bahagian melalui dua kontinjen yang menampilkan sebanyak 20 produk hasil penyelidikan dan inovasi berimpak tinggi serta berpotensi untuk dikomersialkan di peringkat global. Sebanyak 27 penyertaan Mini Invention Challenge pula melibatkan pelajar sekolah berasrama penuh, sekolah menengah dan sekolah rendah sekitar Selangor, menzahirkan usaha UiTM dalam menyemai budaya inovasi dan kreativiti sejak di peringkat awal.

#UCSCemerlang

Sumber: Unit Komunikasi Korporat

Hubungi Kami

Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
Kampus Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam,
Selangor, Malaysia

Emel: korporatucs@uitm.edu.my

Tel: +603-3258 4000