Select your language

Program Asas Kepustakawanan dan Pengurusan Pusat Sumber Negeri Selangor 2025

 

28 Oktober 2025 – Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Selangor Kampus Puncak Alam dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Negeri Selangor dan Fakulti Sains Maklumat UiTM telah menganjurkan Program Asas Kepustakawanan dan Pengurusan Pusat Sumber Negeri Selangor 2025. Program selama dua hari ini melibatkan penyertaan 50 orang guru pusat sumber dari seluruh negeri Selangor.

Sepanjang program, para peserta didedahkan dengan teknik asas pencarian maklumat dan kaedah mendapatkan maklumat dengan lebih tepat dan pantas. Pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh diharap dapat dimanfaatkan dalam mempertingkat pengurusan pusat sumber serta dikongsi bersama murid di sekolah.

#UCSCemerlang

Sumber: Unit Komunikasi Korporat

Hubungi Kami

Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
Kampus Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam,
Selangor, Malaysia

Emel: korporatucs@uitm.edu.my

Tel: +603-3258 4000