
29 Oktober 2025 – Unit Pengurusan Kualiti UiTM Cawangan Selangor telah menganjurkan sesi Pembentangan Projek Kecemerlangan Operasi (OE) UiTM Cawangan Selangor 2025, melibatkan lima PTJ merentas kampus. Pembentangan ini menumpukan kepada penambahbaikan proses kerja berterusan, penggunaan teknologi terkini, pengurusan sumber yang cekap, serta memberi impak positif kepada pelanggan dan organisasi.
Semasa sesi pembentangan, barisan juri profesional menilai setiap cadangan berdasarkan keberkesanan inovasi dan kecemerlangan operasi, dengan matlamat memupuk budaya penambahbaikan berterusan dalam kalangan warga. Keputusan dan pemenang akan diumumkan pada Majlis Anugerah Cemerlang UiTM Cawangan Selangor bertemakan "Memacu Kualiti Memperkasa Inovasi", sebagai penghargaan terhadap usaha dan dedikasi semua pihak yang terlibat.
Sumber: Unit Komunikasi Korporat
