Select your language

Kursus Asas Adobe Illustrator anjuran Unit Komunikasi Korporat

 

30 Oktober 2025 – Unit Komunikasi Korporat UiTM Cawangan Selangor telah berjaya menganjurkan Kursus Asas Adobe Illustrator, yang disertai oleh 25 orang staf merentas PTJ dan kampus UiTM. Kursus ini bertujuan memperkukuhkan kemahiran asas reka bentuk grafik dalam kalangan warga UiTM, serta meningkatkan keupayaan mereka dalam menghasilkan bahan komunikasi yang kreatif dan profesional.

Sepanjang kursus, para peserta didedahkan dengan teknik asas penggunaan tools Adobe Illustrator untuk mereka bentuk grafik, termasuk poster program dan bahan komunikasi lain. Kursus ini diharapkan dapat membekalkan peserta dengan kemahiran praktikal yang boleh terus diaplikasikan dalam tugasan harian, sekaligus mempertingkatkan kualiti bahan komunikasi dan promosi di UiTM.

#UCSCemerlang

Sumber: Unit Komunikasi Korporat

Hubungi Kami

Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
Kampus Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam,
Selangor, Malaysia

Emel: korporatucs@uitm.edu.my

Tel: +603-3258 4000