
1 November 2025 – Program LEADxUCS 2025: Accelerator of Excellent Students telah dianjurkan oleh Bahagian Hubungan Industri, Komuniti, Alumni dan Keusahawanan (iCARE) UiTM Cawangan Selangor bagi menyemarakkan pembangunan kepimpinan mahasiswa ke arah kecemerlangan peribadi dan profesional.
Program selama dua hari ini menghimpunkan mahasiswa berpotensi tinggi bersama alumni UiTM dan rakan industri seperti Sunway Group, TalentCorp serta Boustead Hotels & Resorts Sdn. Bhd. Melalui modul berimpak tinggi, peserta dibimbing meningkatkan keyakinan, penampilan eksekutif dan komunikasi profesional, seterusnya membentuk pemimpin muda yang bersedia memasuki dunia sebenar.
Sumber: Unit Komunikasi Korporat
