Select your language

Program EcoPharma 2025 x World Pharmacists Day

 

1 November 2025 – Tahniah Fakulti Farmasi UiTM atas penganjuran Program EcoPharma 2025 x World Pharmacists Day dengan kerjasama Bahagian Amalan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia, Alpro Pharmacy, PhAMA dan Pfizer (Malaysia) Sdn. Bhd. Penganjuran kali ini tidak hanya tertumpu kepada komuniti sekitar Puncak Alam, malah turut menyasarkan masyarakat di kawasan Kuala Lumpur selaras dengan usaha memperluas jaringan kesedaran kesihatan kepada komuniti yang lebih luas.

Program ini bukan sahaja meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai pelupusan ubat secara selamat dan bertanggungjawab, malah menjadi platform pendidikan awam yang efektif dalam memupuk amalan kesihatan yang lebih mampan. Pelaksanaan ini seiring dengan Matlamat Pembangunan Mampan SDG 3 dan SDG 12 serta memperlihatkan komitmen UiTM dalam memperkukuh budaya kesedaran kesihatan awam demi kesejahteraan masyarakat.

#UCSCemerlang

Sumber: Unit Komunikasi Korporat

Hubungi Kami

Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
Kampus Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam,
Selangor, Malaysia

Emel: korporatucs@uitm.edu.my

Tel: +603-3258 4000