
3 November 2025 – Sesi penilaian bagi penarafan 1 Bintang Energy Management Gold Standard (EMGS) di bawah inisiatif Asean Energy Management Scheme (AEMAS) telah bermula di UiTM Kampus Puncak Alam menerusi Majlis Pembukaan dan Taklimat bersama pihak penilai. Penilaian ini akan berlangsung selama dua hari dan merangkumi semakan dokumen, lawatan tapak serta penilaian terhadap pelaksanaan amalan pengurusan tenaga di kampus.
Inisiatif ini merupakan usaha berterusan UiTM Cawangan Selangor dalam menyokong pelaksanaan Sistem Pengurusan Tenaga UiTM. Pencapaian penarafan EMGS bukan sahaja mencerminkan komitmen terhadap penggunaan tenaga yang lebih cekap, tetapi turut memperkukuh agenda kelestarian jangka panjang universiti.
Sumber: Unit Komunikasi Korporat
