
4 November 2025 – Bahagian Pentadbiran dan Sumber Manusia telah menganjurkan Kursus Penggunaan Sistem e-Mesyuarat bertujuan untuk meningkatkan kefahaman dalam penggunaan Sistem e-Mesyuarat UiTM kepada semua Setiausaha dan Urusetia Mesyuarat di UCS. Inisiatif ini adalah selaras dengan salah satu dapatan penemuan Audit Pematuhan Tadbir Urus dan Pengurusan Mesyuarat (APTUm) UCS yang mendapati Sistem e-Mesyuarat tidak digunakan dengan menyeluruh dalam pengurusan mesyuarat di UCS.
Seramai 36 orang Setiausaha dan Urusetia Mesyuarat di UCS telah menyertai kursus ini bagi meningkatkan kompetensi dalam pengurusan mesyuarat sekaligus menyumbang kepada tatakelola tadbir urus yang lebih efisien dan efektif.
Sumber: Unit Komunikasi Korporat
