
4 November 2025 – Hari pertama Karnival Kesihatan@UCS 2025 mencatat penyertaan yang sangat menggalakkan menerusi program derma darah, pemeriksaan kesihatan, saringan NHIS, Wow Zoomers serta pameran kesihatan oleh agensi berkaitan. Turut menjadi tumpuan ialah ceramah kesihatan oleh Tuan Syamsul Amri Ismail (Samsul Debat) yang berkongsi ilmu melalui pendekatan interaktif dan penuh motivasi.
Karnival ini terus menyampaikan mesej Kesihatan Warga: Tanggungjawab Bersama melalui perkongsian ilmu, advokasi dan penyertaan komuniti kampus. Terima kasih kepada semua peserta, petugas, sukarelawan dan rakan strategik yang menjayakan hari pertama program.
Sumber: Unit Komunikasi Korporat
