
5 November 2025 – Karnival Kesihatan@UCS 2025 melabuhkan tirai di UiTM Cawangan Selangor, Kampus Puncak Alam dengan penyempurnaan Majlis Penutup oleh Dr. Wan Noraini Wan Mohamed Noor, Timbalan Pengarah Kesihatan Awam, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor. Majlis ini turut menyaksikan sesi penghargaan kepada penaja dan rakan strategik sebagai tanda apresiasi atas sokongan padu sepanjang penganjuran.
Karnival anjuran Unit Kesihatan UiTM Cawangan Selangor ini menjadi platform penting dalam meningkatkan kesedaran komuniti kampus terhadap gaya hidup sihat. Sepanjang dua hari penganjuran, seramai 922 peserta terlibat, manakala program derma darah berjaya mengumpulkan 165 beg darah. Kejayaan penganjuran ini mencerminkan komitmen UiTM Cawangan Selangor dalam memperkasakan budaya kesihatan yang menyeluruh dan berterusan.
Sumber: Unit Komunikasi Korporat
