Select your language

Masyarakat Prihatin: Makanan Percuma sempena sambutan 25 Tahun Jubli Perak MBSA

 

6 November 2025 – Setinggi penghargaan diucapkan kepada Seksyen Kemasyarakatan dan Khidmat Komuniti, Jabatan Pembangunan Komuniti Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) atas penganjuran program Masyarakat Prihatin: Makanan Percuma sempena sambutan 25 Tahun Jubli Perak MBSA di UiTM Cawangan Selangor.

Seramai 500 orang pelajar Kampus Puncak Perdana telah menerima kupon makanan percuma menerusi inisiatif ini. Usaha murni ini bukan sahaja membantu meringankan beban pelajar, malah memperkukuh hubungan komuniti setempat dengan institusi pendidikan.

#UCSCemerlang

Sumber: Unit Komunikasi Korporat

Hubungi Kami

Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
Kampus Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam,
Selangor, Malaysia

Emel: korporatucs@uitm.edu.my

Tel: +603-3258 4000