
7 November 2025 – Majlis Penamaan Calon Pemilihan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) Sesi 2025/2026 telah menyaksikan secara rasmi pengumuman seramai 39 calon bagi Pemilihan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar di UiTM Cawangan Selangor. Daripada jumlah itu, 6 calon daripada 3 fakulti menang tanpa bertanding manakala 33 calon daripada 9 fakulti akan mula berkempen serta bertanding dari 8 hingga 11 November 2025.
Pihak pengurusan universiti menyeru seluruh warga mahasiswa untuk menyokong proses demokrasi kampus dan menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi. Komitmen serta penglibatan mahasiswa dalam proses pengundian amat penting bagi memastikan barisan kepimpinan mahasiswa yang berwibawa, berintegriti dan mampu mengangkat suara komuniti kampus secara efektif.
Selamat maju jaya dan selamat bertanding kepada semua calon. Semoga kempen berjalan dengan penuh profesionalisme, jujur dan mematuhi etika yang telah ditetapkan.
Sumber: Unit Komunikasi Korporat
