
8 November 2025 – UiTM Cawangan Selangor berbesar hati menyertai Karnival Ban Canal 2025, anjuran Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) di bawah inisiatif Sabak Bernam Development Area (SABDA) yang bertujuan memperkukuh keterlibatan komuniti tempatan melalui pelbagai aktiviti berasaskan alam, budaya dan kelestarian.
Bertemakan “Memperkasa Eko-Pelancongan melalui Kelestarian dan Perlindungan Biodiversiti”, penyertaan UiTM Cawangan Selangor melalui Bahagian Penyelidikan dan Inovasi ini selari dengan usaha memperkukuh hubungan strategik bersama komuniti serta menyokong pembangunan eko-pelancongan dan kesedaran kelestarian di negeri Selangor. Inisiatif ini juga menjadi platform perkongsian ilmu, inovasi dan kepakaran dalam memastikan agenda kelestarian terus berkembang secara lestari dan inklusif.
Sumber: Unit Komunikasi Korporat
