
8 November 2025 – Unit Sukan UiTM Cawangan Selangor telah menganjurkan Kursus Pengurusan Acara, Protokol dan Pengurusan Media di Dewan Anggerik Sari, Kampus Puncak Alam. Kursus ini melibatkan penyertaan 50 orang peserta terdiri daripada Jawatankuasa Sukan Pelajar, Jawatankuasa Perwakilan Pelajar, Sekretariat Mahasiswa Fakulti dan ahli Program Siswa Sihat (PROSIS).
Kursus ini dirangka untuk memperkukuh pengetahuan serta keupayaan peserta dalam pengurusan majlis, protokol dan hubungan media mengikut prosedur yang betul. Selain perkongsian teori, sesi bimbingan dan simulasi turut dijalankan bagi memberi pendedahan praktikal sekali gus memantapkan kemahiran peserta dalam mengurus serta menyelaras majlis secara lebih profesional.
Sumber: Unit Komunikasi Korporat
