
12 November 2025 - Bengkel Penyediaan Slaid Sesi Libat Urus Bersama Rektor 2025 anjuran Unit Komunikasi Korporat UiTM Cawangan Selangor telah berjaya dilaksanakan dengan penyertaan 28 orang staf merentas PTJ. Penganjuran ini menjadi platform penting dalam penyelarasan penyediaan slaid yang lebih sistematik serta berfokus kepada pelaporan pencapaian dan hala tuju strategik yang akan dibentangkan dalam Sesi Libat Urus UiTM Cawangan Selangor pada Disember 2025.
Bertepatan dengan objektif program, bengkel ini turut memupuk keseragaman dari segi format, naratif dan persembahan visual agar maklumat dapat disampaikan dengan lebih tepat, jelas dan profesional. Setinggi penghargaan kepada semua peserta atas komitmen dan dedikasi dalam menjayakan bengkel ini.
Sumber: Unit Komunikasi Korporat
