Select your language

Majlis Program Prihatin Non-Residen

 

12 November 2025 - Majlis Program Prihatin Non-Residen anjuran Unit Pengurusan Non-Residen UiTM Cawangan Selangor telah berjaya dilaksanakan sebagai usaha untuk memberikan sokongan keperluan asas kepada pelajar. Program ini bukan sahaja menyediakan bantuan, malah turut menjadi platform untuk menjalin hubungan erat antara mahasiswa Non-Residen (NR) dan pihak universiti, menzahirkan komitmen UiTM Cawangan Selangor dalam memastikan kebajikan dan kesejahteraan pelajar sentiasa menjadi fokus utama.

Sebanyak 100 kotak rezeki diterima daripada Pertubuhan Kebajikan Puncak Alam dan diagihkan, memberi manfaat terus kepada mahasiswa NR melalui penganjuran ini. Program ini turut diserikan dengan kehadiran 20 orang mahasiswa dan pensyarah daripada institusi luar negara, termasuk Politeknik Negeri Madiun, Politeknik Siber Cerdika International, Caribon, dan Universitas Surabaya, Indonesia. Ucapan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini.

#UCSCemerlang

Sumber: Unit Komunikasi Korporat

Hubungi Kami

Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
Kampus Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam,
Selangor, Malaysia

Emel: korporatucs@uitm.edu.my

Tel: +603-3258 4000