
16 November 2025 - Neon Glow Run anjuran Association of Bachelor of Accountancy Students (ABACCS), Fakulti Perakaunan, menyerikan dan memeriahkan malam di UiTM Cawangan Selangor Kampus Puncak Alam dengan limpahan cahaya neon dan kehadiran lebih 1,000 peserta.
Inisiatif ini bukan sekadar acara larian tetapi sebuah platform untuk menggalakkan budaya bersukan, menyemai gaya hidup sihat dan memperkukuhkan hubungan komuniti kampus melalui penyertaan aktif serta semangat kebersamaan.
Sumber: Unit Komunikasi Korporat
