Select your language

Program ‘Warisan di Pinggan’

 

13 Disember 2025 - Program ‘Warisan di Pinggan’ telah berjaya dilaksanakan bersama pelajar Kolej UiTM Cawangan Selangor menerusi aktiviti memasak makanan tradisional secara rewang. Program anjuran Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan dengan kerjasama Kolej Rafflesia ini melibatkan 54 pelajar yang bergotong-royong menyediakan hidangan warisan Melayu untuk 500 pelajar, dengan sokongan 90 komuniti kolej.

Inisiatif ini mengintegrasikan pembelajaran akademik, perkongsian ilmu dan khidmat komuniti, di samping memperkukuh kemahiran pengurusan dapur, kerjasama berpasukan dan komunikasi berkesan selari dengan objektif SULAM dalam memupuk kesukarelawanan, kreativiti dan pemeliharaan warisan kulinari.

#UCSCemerlang

Sumber: Unit Komunikasi Korporat

Hubungi Kami

Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
Kampus Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam,
Selangor, Malaysia

Emel: korporatucs@uitm.edu.my

Tel: +603-3258 4000