Select your language

Program Car Free Day

 

19 Disember 2025 - Buat julung kalinya, UiTM Cawangan Selangor menganjurkan Program Car Free Day sebagai inisiatif memupuk gaya hidup sihat, menggalakkan penggunaan pengangkutan mesra alam serta mengurangkan pencemaran udara demi kesejahteraan warga kampus. Program yang dianjurkan oleh Pejabat Pengurusan Fasiliti ini melibatkan penyertaan seramai 194 orang peserta.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan termasuk berbasikal, sukaneka dan pameran reruai kesihatan bagi menyemarakkan penglibatan warga kampus. Sepanjang tempoh pelaksanaan, program ini dianggarkan mengurangkan hampir dua tan karbon dioksida, sekali gus menyokong agenda kampus lestari.

#UCSCemerlang

Sumber: Unit Komunikasi Korporat

Hubungi Kami

Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
Kampus Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam,
Selangor, Malaysia

Emel: korporatucs@uitm.edu.my

Tel: +603-3258 4000