Select your language

EduVisit 1.0

 

30 Disember 2025 - UiTM Cawangan Selangor melalui Bahagian Hubungan Industri, Komuniti, Alumni dan Keusahawanan (iCARE) berbesar hati menganjurkan EduVisit 1.0 dengan kerjasama Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, Fakulti Pendidikan dan Fakulti Sains Kesihatan, melibatkan seramai 44 orang peserta dan 5 orang pengiring dalam kalangan pelajar lepasan SPM 2025 sekitar Saujana Utama. Program lawatan ke Kampus Puncak Alam ini memberi peluang kepada peserta untuk mengalami sendiri suasana pembelajaran, kemudahan kampus serta kehidupan harian mahasiswa di universiti.

Lawatan ini bukan sahaja memberi pendedahan awal kepada pelajar lepasan SPM dalam mengenal pasti hala tuju dan pilihan jurusan pengajian yang bersesuaian dengan minat serta keperluan pasaran kerja semasa, malah turut mengukuhkan hubungan strategik antara universiti dan komuniti setempat melalui jalinan kolaborasi pendidikan yang berterusan.

#UCSCemerlang

Sumber: Unit Komunikasi Korporat

Hubungi Kami

Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
Kampus Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam,
Selangor, Malaysia

Emel: korporatucs@uitm.edu.my

Tel: +603-3258 4000