
31 Mac 2026 - Satu sesi kunjungan hormat oleh barisan pentadbir Hospital Al-Sultan Abdullah (HASA) ke Bahagian Pentadbiran dan Sumber Manusia UiTM Cawangan Selangor telah berlangsung dengan jayanya. Delegasi diketuai oleh Timbalan Pengarah (Pengurusan) HASA, Datin Noor Asyikin Md. Nor, bersama 19 orang pegawai daripada skim Penolong Pendaftar.
Kunjungan ini bertujuan memperkukuh hubungan kerjasama strategik antara kedua-dua pihak serta menjadi platform perkongsian amalan terbaik dalam aspek pentadbiran. Inisiatif ini diharap dapat memberikan nilai tambah dan menyumbang kepada peningkatan kecekapan pengurusan organisasi secara berterusan.
Sumber: Unit Komunikasi Korporat
