Select your language

Kunjungan Pusat Sains & Kreativiti Terengganu (PSKT) ke Makerslab

 

 

UiTM Cawangan Selangor (UCS) berbesar hati menerima kunjungan dari Pusat Sains & Kreativiti Terengganu (PSKT) ke Makerslab, bertempat di Perpustakaan Tun Abdul Razak Kampus Puncak Alam. Kunjungan bertujuan mendapatkan pendedahan dan perkongsian berkaitan pengurusan Makerslab.

Kunjungan yang diketuai oleh Encik Nor Azrai Nizam, Ketua Pegawai Eksekutif PSTK, telah disambut mesra oleh YBrs. Profesor Ir. Ts. Dr Mohamad Hafiz Mamat, Timbalan Rektor Penyelidikan dan Inovasi, diiringi oleh Dr Siti Azma Jusoh, Pensyarah Kanan Fakulti Farmasi. Diharapkan kunjungan ini membuka ruang kepada pemindahan ilmu berkaitan teknologi dan inovasi, khususnya dalam penerapan teknologi 3D seiring perkembangan industri.

#UCSCemerlang

Sumber: Unit Komunikasi Korporat

Hubungi Kami

Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
Kampus Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam,
Selangor, Malaysia

Emel: korporatucs@uitm.edu.my

Tel: +603-3258 4000