Select your language

Kunjungan Hormat daripada wakil Bidang Senibina, Pengajian Senibina dan Senibina Dalaman UiTM Kampus Puncak Alam

 

 

10 Februari 2025 - UiTM Cawangan Selangor berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada wakil Bidang Senibina, Pengajian Senibina dan Senibina Dalaman UiTM Kampus Puncak Alam. Kunjungan ini bertujuan untuk meninjau peluang kerjasama yang lebih strategik dan berdaya saing di antara kedua-dua pihak pada masa hadapan.

Kunjungan yang diketuai oleh Dr Hailane Salam, Ketua Pusat Pengajian, telah disambut oleh YBrs. Profesor Dr Ahmad Taufek Abdul Rahman, Rektor, bersama wakil pengurusan UCS. Semoga kunjungan ini menjadi pemangkin kepada jalinan kerjasama yang lebih erat dan memberi manfaat dalam memacu kecemerlangan akademik serta pembangunan bidang senibina dan senibina dalaman di UiTM.

#UCSCemerlang

Sumber: Unit Komunikasi Korporat

Hubungi Kami

Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
Kampus Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam,
Selangor, Malaysia

Emel: korporatucs@uitm.edu.my

Tel: +603-3258 4000