Select your language

Majlis Pelancaran Ihya Ramadan 1446H/2025M Peringkat UCS & Ceramah Ambang Ramadan

 

 

25 Februari 2025 - Unit Hal Ehwal Islam UiTM Cawangan Selangor dengan kerjasama daripada Persatuan Wanita UiTM (PEWANI) telah berjaya menganjurkan Majlis Pelancaran Ihya Ramadan 1446H/2025M Peringkat UCS & Ceramah Ambang Ramadan. Hadir menyempurnakan perasmian majlis adalah YBrs. Profesor Madya Dr Norazmir Md Nor, mewakili Rektor.

Ceramah Ambang Ramadan telah disampaikan oleh Da’ie Izzhar Nazri yang membawa tajuk “Ramadan Yang Dinanti”. Sambutan daripada warga UiTM Cawangan Selangor amat menggalakkan, mencerminkan semangat ukhuwah dan kesediaan untuk menghidupkan bulan suci ini dengan penuh keinsafan dan kesyukuran. Semoga program seperti ini dapat terus dianjurkan pada masa akan datang bagi menyemarakkan semangat Ramadan dalam kalangan warga UiTM Cawangan Selangor.

#UCSCemerlang

Sumber: Unit Komunikasi Korporat

Hubungi Kami

Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
Kampus Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam,
Selangor, Malaysia

Emel: korporatucs@uitm.edu.my

Tel: +603-3258 4000