Select your language

Kursus Application of Organisational Behaviour to Facilitate Mental Health at Workplace: A Manager's Secret

 

 

14 02Mac 25 - Kursus Application of Organisational Behaviour To Facilitate Mental Health At Workplace: A Manager's Secret anjuran Bahagian Pentadbiran dan Sumber Manusia (BPSM) dan Fakulti Pengurusan dan Perniagaan telah diadakan dengan melibatkan 40 orang peserta yang terdiri daripada pegawai-pegawai UiTM Cawangan Selangor (UCS) dan Ketua-Ketua Pentadbiran Fakulti/Kolej Pengajian di UCS.

Hadir menyantuni para peserta dan menyampaikan ucapan aluan adalah Puan Alfina Bakar K.M.N, CHRM, Ketua Timbalan Pendaftar Kanan UCS. Kursus yang dikelola oleh Dr. Gouri A. Domnic Jacob, Pensyarah Kanan, Fakulti Pengurusan dan Perniagaan yang berpengalaman lebih 20 tahun dalam bidang Tingkah Laku Organisasi, Kemahiran Pengurusan, dan Pengurusan Strategik. Kursus ini adalah bertujuan untuk memperkukuh dan memantapkan pengetahuan pentadbir dan ketua bahagian berkenaan isu kesihatan mental di tempat kerja dan juga bagi meningkatkan tahap kemahiran pentadbir untuk memahami Tingkah Laku Organisasi (OB) yang betul bagi tujuan mencegah isu kesihatan mental di kalangan staf seliaan.

#UCSCemerlang

Sumber: Unit Komunikasi Korporat

Hubungi Kami

Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
Kampus Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam,
Selangor, Malaysia

Emel: korporatucs@uitm.edu.my

Tel: +603-3258 4000