Select your language

Rewang Bubur Lambuk Perdana UCS 2025

 

 

19 Mac 2025 - Unit Hal Ehwal Islam UiTM Cawangan Selangor sekali lagi berjaya menganjurkan Rewang Bubur Lambuk Perdana UCS 2025. Proses memasak bubur lambuk telah melibatkan kerjasama 62 orang staf selaku sukarelawan. Sebanyak 5 periuk dengan anggaran 2000 bekas bubur lambuk telah diedarkan kepada warga kampus.

Simbolik penyerahan bubur lambuk telah disempurnakan oleh YBrs. Profesor Dr Ahmad Taufek Abdul Rahman, Rektor UiTM Cawangan Selangor, dengan dihadiri oleh ketua PTJ, dekan fakulti dan wakil. Rewang kali ini turut dimeriahkan dengan penyertaan Hospital Al-Sultan Abdullah dengan sumbangan 3 periuk bubur lambuk yang diagihkan kepada pesakit dan staf, serta komuniti setempat.

#UCSCemerlang

Sumber: Unit Komunikasi Korporat

Hubungi Kami

Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
Kampus Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam,
Selangor, Malaysia

Emel: korporatucs@uitm.edu.my

Tel: +603-3258 4000