Select your language

Majlis Penyampaian Sumbangan Bakul Syawal UiTM Cawangan Selangor 2025

 

 

21 Mac 2025 - Majlis Penyampaian Sumbangan Bakul Syawal UiTM Cawangan Selangor 2025 telah berjaya dianjurkan oleh Unit Hal Ehwal Islam UiTM Cawangan Selangor (UCS). Majlis menyaksikan perasmian penutup Ihya Ramadan UCS 2025 disempurnakan oleh YBrs. Profesor Dr Ahmad Taufek Abdul Rahman, Rektor UCS.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada rakan strategik UCS iaitu iaitu TRIplc Ventures Sdn. Bhd. atas sumbangan bagi Program Ihya Ramadan UCS sebanyak RM17,750. Sumbangan telah disampaikan oleh YBrs. Tuan Haji Taufik Afendy Othman, Pengarah Urusan TRIplc Ventures Sdn. Bhd.

UCS turut merakamkan penghargaan kepada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang telah menyumbang kotak agihan fidyah kepada 52 orang staf pentadbiran kampus, fakulti dan staf akademik UCS. Sumbangan dari MAIS telah disampaikan oleh YBrs. Prof Rektor, mewakili pihak pengurusan UCS yang juga menyediakan Bakul Syawal, sumbangan bersama TRIplc Ventures Sdn. Bhd.

#UCSCemerlang

Sumber: Unit Komunikasi Korporat

Hubungi Kami

Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
Kampus Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam,
Selangor, Malaysia

Emel: korporatucs@uitm.edu.my

Tel: +603-3258 4000