Select your language

Majlis Berbuka Puasa Staf Pejabat Penolong Rektor

 

 

24 Mac 2025 - UiTM Cawangan Selangor (UCS) Kampus Sungai Buloh, Selayang dan Teluk Intan telah berjaya menganjurkan Majlis Berbuka Puasa Staf Pejabat Penolong Rektor sempena meraikan Bulan Ramadan. Hadir menyantuni dan menyerikan majlis adalah YBrs. Profesor Dr Ahmad Taufek Abdul Rahman, Rektor UCS, diiringi YBrs. Profesor Dr Mohd Haidzir Abd Manaf, bersama barisan pengurusan kampus yang meraikan lebih 124 orang staf.

Turut diadakan, tazkirah Ramadan bertajuk "Menghayati 10 Malam Terakhir Ramadan" yang disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Khairul Azwad Ibrahim, Penolong Pendaftar UHEI. Majlis ini bukan sahaja bertujuan mengeratkan ukhuwah antara staf tetapi juga menjadi platform untuk meningkatkan kefahaman dan penghayatan terhadap nilai-nilai Ramadan. Semoga program ini dapat memupuk semangat kebersamaan serta keberkatan dalam bekerja dan beribadah.

#UCSCemerlang

Sumber: Unit Komunikasi Korporat

Hubungi Kami

Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
Kampus Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam,
Selangor, Malaysia

Emel: korporatucs@uitm.edu.my

Tel: +603-3258 4000