Select your language

Simbolik Penyerahan Sumbangan kepada Petugas Keselamatan Polis Bantuan UiTM Cawangan Selangor

 

 

 

27 Mac 2025 - Simbolik Penyerahan Sumbangan Kepada Petugas Keselamatan Polis Bantuan UiTM Cawangan Selangor, Kampus Puncak Alam dan Kampus Puncak Perdana yang bakal bertugas pada 1 Syawal 1446H. Sesi simbolik penyerahan telah disempurnakan oleh YBrs. Profesor Dr. Ahmad Taufek Abdul Rahman, Rektor UiTM Cawangan Selangor.

Sumbangan ini adalah sebagai tanda penghargaan dan sokongan Rektor dan pihak pengurusan UCS kepada petugas keselamatan yang akan berkhidmat pada Hari Raya Aidilfitri, memastikan keselamatan dan kelancaran operasi di kampus. Diharapkan sumbangan ini dapat memberikan sedikit keceriaan kepada mereka yang bakal bertugas nanti.

#UCSCemerlang

Sumber: Unit Komunikasi Korporat

Hubungi Kami

Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
Kampus Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam,
Selangor, Malaysia

Emel: korporatucs@uitm.edu.my

Tel: +603-3258 4000