Select your language

Program “Hot Chocolate Research Talk Siri 4: Strategi Berkesan Pencarian Jurnal Berindeks dan Berimpak”

 

 

27 November 2024 – Program “Hot Chocolate Research Talk Siri 4: Strategi Berkesan Pencarian Jurnal Berindeks dan Berimpak” anjuran Bahagian Penyelidikan dan Inovasi, dengan kerjasama Unit Komunikasi Korporat UiTM Cawangan Selangor telah berjaya dianjurkan. Program dijalankan bertujuan membantu para penyelidik, penulis, dan akademik dalam meningkatkan kualiti penulisan jurnal serta memaksimumkan impak penerbitan hasil penyelidikan.

Program yang dihadiri oleh seramai 40 orang peserta terdiri daripada kakitangan akademik ini telah dirasmikan oleh YBrs. Profesor Dr Ahmad Taufek Abdul Rahman, Rektor UCS. Sesi perkongsian telah disampaikan oleh YBrs. Profesor Dr Mohd Hafiz Mohd Hanafiah, Profesor Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan, juga merupakan Pemenang Sanjung Sarjana 2024 Top Q1 UiTM 2023, dan YBrs. Dr.-Ing Amizon Azizan, Ketua Unit Etika dan Penerbitan Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC).

#UCSCemerlang

Sumber: Unit Komunikasi Korporat

Hubungi Kami

Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
Kampus Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam,
Selangor, Malaysia

Emel: korporatucs@uitm.edu.my

Tel: +603-3258 4000