4 Jun 2025 – Seramai 37 Pegawai Kadet Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (Kor SISPA) UiTM Cawangan Selangor telah menghadiri Ujian Penilaian Kursus Pengurusan Pusat Perpindahan selama dua hari di Pusat Latihan Pertahanan Awam Wilayah Selatan (PULAPAS), Kluang, Johor.
Ujian ini merangkumi aspek teori dan praktikal sebagai persediaan sebelum dilantik sebagai pegawai pasukan di lapangan.
Sumber: Unit Komunikasi Korporat