14 Jun 2025 – Unit Kokurikulum, Bahagian Hal Ehwal Pelajar UiTM Cawangan Selangor (UCS) dengan kerjasama Persatuan Briged Sukarelawan telah menyertai Program Turun Padang Kampung Orang Asli bertempat di Dewan Orang Asli, Bukit Bandaraya, Shah Alam.
Program anjuran Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bersama Lembaga Zakat Selangor ini menyaksikan sukarelawan UCS mengendalikan aktiviti senamrobik dan sukaneka bersama kanak-kanak orang asli, sekali gus memberi peluang mahasiswa berinteraksi dengan komuniti pelbagai latar belakang.
Sumber: Unit Komunikasi Korporat