22 Jun 2025 - Langkah bersama, semangat membara.
Larian Bersama Rektor UiTM Cawangan Selangor Sempena SUKOL UCS 2025. Satu langkah penuh makna, menyemarakkan semangat kesukanan dan kebersamaan warga kampus.
Acara istimewa ini menjadi antara sorotan utama SUKOL UCS 2025, simbolik kepada iltizam dan semangat juang untuk terus melangkah bersama sepanjang temasya ini.
Sumber: Unit Komunikasi Korporat