7 Julai 2025 – Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar UiTM Cawangan Selangor bersama barisan Pengetua Kolej telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar (TNCHEP) bagi memperkenalkan Pengetua baharu serta membincangkan pelbagai inisiatif penting demi meningkatkan kesejahteraan pelajar di kolej kediaman, termasuk usaha memperkukuh aspek kebajikan dan penambahbaikan pengurusan kolej secara holistik.
Sumber: Unit Komunikasi Korporat