14 Julai 2025 – Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, UiTM Cawangan Selangor telah menerima lawatan penanda aras daripada Jabatan Pembangunan, UiTM Shah Alam, melibatkan staf merentas unit di jabatan tersebut yang terlibat dalam pengurusan rekod dan fail.
Lawatan ini menjadi platform untuk kedua-dua pihak bertukar pandangan, berkongsi ilmu serta mengaplikasikan amalan kerja terbaik dalam pengurusan rekod dan fail secara lebih berkesan.
Sumber: Unit Komunikasi Korporat