11 Ogos 2025 - Majlis Perjumpaan Bersama Rektor dan Apresiasi Staf Bahagian Pengurusan Fasiliti telah diadakan sebagai tanda penghargaan terhadap dedikasi, profesionalisme serta komitmen tinggi warga kerja yang menjadi tulang belakang kelancaran operasi kampus.
Syabas dan tahniah diucapkan atas kecemerlangan dalam menyampaikan perkhidmatan berkualiti demi memastikan kelestarian kecemerlangan UiTM Cawangan Selangor.
Sumber: Unit Komunikasi Korporat