12 Ogos 2025 - Setinggi penghargaan diucapkan kepada Profesor Dr Hartini Saripan, Penasihat Undang-Undang Universiti bersama pasukan dari Jabatan Undang-Undang UiTM atas kesudian hadir ke UiTM Cawangan Selangor bagi menyampaikan Taklimat Pengurusan Tatatertib Pelajar. Sesi anjuran Bahagian Hal Ehwal Pelajar UiTM Cawangan Selangor ini diadakan sebagai usaha memperkukuh kefahaman dan pelaksanaan prosiding tatatertib.
Seramai 72 orang staf HEP, fakulti, URHP dan Polis Bantuan, merentas kampus telah menyertai taklimat ini, sekaligus membuka ruang kepada pendedahan mendalam berkaitan aspek teknikal, penyeragaman penguatkuasaan peraturan, peningkatan kecekapan pengendalian kes serta pengukuhan peranan jawatankuasa. Inisiatif ini diharap dapat memperkasakan budaya disiplin, integriti dan akauntabiliti demi melahirkan warga UiTM Cawangan Selangor yang beretika, berwibawa dan berdaya saing.
Sumber: Unit Komunikasi Korporat