Anugerah Cemerlang Sempena Hari Kualiti UiTM Cawangan Selangor 2023

Pengenalan
Pada tahun ini, sebanyak empat belas (14) anugerah yang akan dipertandingkan melibatkan tiga (3) kategori.
1) Pengurusan Profesional
2) Pelaksana
3) Jabatan
Tarikh pencalonan dibuka daripada 15 September sehingga 13 Oktober 2023.
Borang pencalonan yang telah lengkap hendaklah dihantar ke :
Bahagian Pentadbiran dan Sumber Manusia
Aras 3, Bangunan FF1
UiTM Cawangan Selangor
Kampus Puncak Alam
42300 Bandar Puncak Alam.
SELANGOR DARUL EHSAN
Keterangan lanjut sila hubungi: En. Mohd Anuar Mohd Maasom (03-7962 2070) atau Pn Nor Haizah Mokhtar (603 3258 4037)
- Terbuka kepada semua staf tetap atau kontrak bagi Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Bukan Akademik) yang telah berkhidmat lebih daripada sepuluh (10) tahun pada tarikh tutup pencalonan (RUJUK KRITERIA SETIAP ANUGERAH).
- Memperoleh markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) 85% dan ke atas bagi tempoh tiga (3) tahun berturut
- Mempunyai personaliti yang baik dan tidak terlibat dengan kes-kes tatatertib atau salah laku
- Pencalonan perlulah menggunakan borang yang telah disediakan dan hendaklah dikemukakan kepada pihak urusetia melalui Ketua Jabatan masing-masing
- Borang pencalonan yang lengkap hendaklah dikemukakan bersama dokumen berikut:
- Curriculum Vitae (CV);
- Bahan bukti bagi sumbangan dan pencapaian (Contoh: sijil, surat penghargaan, surat lantikan, laporan projek, bukti bergambar, keratan akhbar, dll).
Nota: Bahan bukti yang dikemukakan hendaklah mempunyai keterangan jelas yang menunjukkan penglibatan Calon seperti tertera nama atau gambar Calon. Mana-mana sumbangan dan pencapaian yang tidak dikemukakan bahan bukti tidak akan diterima dan tidak akan diberikan markah. Mana-mana bahan bukti yang tidak menunjukkan penglibatan Calon secara jelas juga tidak akan diterima dan tidak akan diberikan markah.
- Tarikh tutup pencalonan ialah pada 13 Oktober 2023.
Kategori | Kriteria | Pautan Pendaftaran |
---|---|---|
ANUGERAH PENTADBIR CEMERLANG
merupakan anugerah yang diberikan kepada staf Kumpulan Pengurusan & Profesional (Bukan Akademik) yang mempamerkan keunggulan dalam prestasi kerja secara menyeluruh dan konsisten. Pentadbir cemerlang juga boleh didefinisikan sebagai seorang yang dinamik dalam usaha dan penjanaan idea, penggerak transformasi serta mempamerkan ciri-ciri kepimpinan yang jitu serta berpotensi tinggi untuk diserlahkan ke peringkat yang lebih tinggi. |
Penilaian adalah berdasarkan kepada :
|
Klik sini untuk mendaftar |
ANUGERAH PENTADBIR HARAPAN
merupakan anugerah penghargaan kepada pentadbir muda dalam kalangan staf pentadbiran kumpulan Pengurusan dan Profesional yang mempamerkan kecemerlangan dalam prestasi kerja secara konsisten. Pentadbir muda juga merupakan pentadbir yang boleh digilap serta berpotensi tinggi untuk diserlahkan ke peringkat yang lebih tinggi. |
Penilaian adalah berdasarkan kepada :
|
Klik sini untuk mendaftar |
ANUGERAH PENTADBIR CEMERLANG (KHIDMAT KOMUNITI)
merupakan anugerah yang diberikan kepada staf Kumpulan Pengurusan & Profesional (Bukan Akademik) yang aktif dalam persatuan/pertubuhan/ sukarelawan sama ada dalam atau luar Universiti serta memberi sumbangan besar kepada institusi dan masyarakat dengan memperuntukkan masa, komitmen, ketekunan, dedikasi dan ihsan dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan |
Penilaian adalah berdasarkan kepada :
|
Klik sini untuk mendaftar |
ANUGERAH PENTADBIR CEMERLANG (KREATIF & INOVATIF) diberikan kepada staf Kumpulan Pengurusan & Profesional (Bukan Akademik) yang berjaya menghasilkan idea yang kreatif dan inovatif yang dapat meningkatkan kecekapan dan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan serta memberi faedah kepada pelanggan dan institusi. |
|
Klik sini untuk mendaftar |
ANUGERAH PENTADBIR CEMERLANG (SUKAN DAN REKREASI)
bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada individu di kalangan staf Kumpulan Pengurusan & Profesional (Bukan Akademik) yang memberi sumbangan dan pencapaian cemerlang dalam bidang sukan dan rekreasi yang seterusnya menaikkan nama Universiti di pelbagai peringkat. |
Penilaian adalah berdasarkan kepada :
|
Klik sini untuk mendaftar |
- Terbuka kepada semua staf Pentadbiran lantikan TETAP Pelaksana yang telah disahkan dalam perkhidmatan merangkumi semua skim perkhidmatan sedia ada di Universiti.
- Memperoleh markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) 85% dan ke atas bagi tempoh tiga (3) tahun berturut
- Mempunyai personaliti yang baik dan tidak terlibat dengan kes-kes tatatertib atau salah laku
- Pencalonan perlulah menggunakan borang yang telah disediakan dan hendaklah dikemukakan kepada pihak urusetia melalui Ketua Jabatan masing-masing
- Borang pencalonan yang lengkap hendaklah dikemukakan bersama dokumen berikut:
- Curriculum Vitae (CV);
- Bahan bukti bagi sumbangan dan pencapaian (Contoh: sijil, surat penghargaan, surat lantikan, laporan projek, bukti bergambar, keratan akhbar, dll).
Nota: Bahan bukti yang dikemukakan hendaklah mempunyai keterangan jelas yang menunjukkan penglibatan Calon seperti tertera nama atau gambar Calon. Mana-mana sumbangan dan pencapaian yang tidak dikemukakan bahan bukti tidak akan diterima dan tidak akan diberikan markah. Mana-mana bahan bukti yang tidak menunjukkan penglibatan Calon secara jelas juga tidak akan diterima dan tidak akan diberikan markah.
- Tarikh tutup pencalonan ialah pada 13 Oktober 2023.
Kategori | Kriteria | Pautan Pendaftaran |
---|---|---|
ANUGERAH STAF PELAKSANA(TERBAIK) merupakan Anugerah Tertinggi bagi Staf Pelaksana yang menunjukkan kecemerlangan dalam kepimpinan organisasi di peringkat Universiti, Komuniti, Kebangsaan dan Antarabangsa. Pengiktirafan ini diberikan kepada staf pelaksana yang memberi sumbangan yang meningkatkan mutu Universiti dan komuniti, mempunyai sahsiah diri yang cemerlang serta menaikkan imej dan reputasi Universiti. |
|
Klik sini untuk mendaftar |
ANUGERAH STAF PELAKSANA (HARAPAN)
|
Penilaian adalah berdasarkan kepada :
|
Klik sini untuk mendaftar |
ANUGERAH STAF PELAKSANA (KREATIVITI & INOVASI) diberikan kepada staf kumpulan pelaksana secara individu yang berjaya menghasilkan cetusan-cetusan idea yang kreatif dan inovatif yang dapat meningkatkan kecekapan dan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan serta memberi faedah kepada pelanggan dan institusi. |
Penilaian adalah berdasarkan kepada:
|
Klik sini untuk mendaftar |
ANUGERAH STAF PELAKSANA (KHIDMAT KOMUNITI) diberikan kepada staf kumpulan pelaksana secara individu yang aktif dalam persatuan/pertubuhan/ sukarelawan samada dalam atau luar Universiti serta memberi sumbangan besar kepada institusi dan masyarakat dengan memperuntukkan masa, komitmen, ketekunan, dedikasi dan ihsan dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan. |
Penilaian adalah berdasarkan kepada:
|
Klik sini untuk mendaftar |
|
Kategori | Kriteria | Pautan Pendaftaran |
---|---|---|
ANUGERAH JABATAN CEMERLANG |
Penilaian adalah berdasarkan kepada:
|
Klik sini untuk mendaftar |
ANUGERAH ZON EKSA CEMERLANG |
Penilaian adalah berdasarkan kepada rubrik yang dibangunkan oleh MAMPU:
|
Klik sini untuk mendaftar |
ANUGERAH INOVASI UCS |
Penilaian adalah berdasarkan kepada:
|
Klik sini untuk mendaftar |
ANUGERAH PENERBITAN UCS |
Penilaian adalah berdasarkan kepada:
|
Klik sini untuk mendaftar |