SENARAI PERALATAN

     KATEGORI DEFINISI  SKOP PERALATAN/PERKHIDMATAN PENGECUALIAN PERALATAN/ PERKHIDMATAN
    ICT KOMPUTER

    a) Komputer Peribadi (PC) seperti desktop, workstation, laptop, notebook, netbook, dan tablet PC.

    b) Pelayan (Server) yang boleh berfungsi dan berkomunikasi dengan pelanggan (client).

    a) Mini komputer seperti Raspberry Pi dan Microcontroller board seperti Arduino.

    b)Tablet yang tidak berfungsi sepenuhnya sebagai set komputer seperti drawing tablet dan game tablet.

    PERALATAN SOKONGAN KOMPUTER

    a) Pencetak dokumen (kertas sahaja) bersaiz A4 dan A3 sama ada hitam-putih atau berwarna.

    b) Pengimbas dokumen (kertas sahaja) bersaiz A4.

    c) Perkakasan rangkaian komputer termasuk perkakasan pusat data/ bilik server seperti switch, controller, rack, storage dan enclosure.

    a) Pencetak yang mempunyai kegunaan spesifik seperti pencetak resit, pencetak 3D, pencetak plotter (Wide format printing), pencetak thermal (post printer), pencetak DTG (Direct to Garment) dan pencetak label.

    b) Pengimbas yang mempunyai kegunaan spesifik seperti pengimbas foto, pengimbas handheld, pengimbas mudah-alih, pengimbas drum, pengimbas filem dan slaid serta pengimbas produksi.

    c) Aksesori ICT untuk kegunaan storan seperti pen drive, flash drive, thumb drive, CD, DVD dan cakera keras tambahan (external hard disk).

    d) Aksesori ICT untuk kegunaan rangkaian seperti hub switch (kurang dari 4 port), wifi dongle, LAN to usb ethernet adapter, UTP patch cord (kurang dari 3 meter), bluetooth dongle, console cable, UTP cable, cable striper, cable cutter, RJ45 network splitter, network card wifi adapter, faceplate, modular plug, modular plug boot cap dan RJ45 female to female adapter.

    e) Perkakasan alat ganti spesifik kepada keperluan perkakasan utama yang asal seperti papan induk, cakera keras, kad grafik, pemprosesan (CPU), memori (RAM), papan kekunci, tetikus dan kad antaramuka rangkaian (NIC).

    f) Aksesori komputer yang dibeli berasingan dengan komputer seperti mouse, keyboard, speaker, webcam, adapter dan kabel.

    g) Toner pencetak yang dibeli secara berasingan.

    h) Perkakasan sokongan elektrik/ elektronik untuk komputer seperti AVR, UPS dan Isolation Transformer.

    PERISIAN SISTEM

    a) Sistem kawalan (System control program) seperti sistem pengoperasian (OS), hypervisor dan drivers.

    b) Sistem sokongan (System support program) seperti antivirus, firewall dan remote access.

    c) Pembangunan sistem (System development program) iaitu perisian yang dibangunkan berdasarkan keperluan pengguna (Custom software) sama ada pembangunan sistem berdasarkan perisian sumber terbuka (Open Source Software) atau perisian hakmilik (proprietary software). Pembangunan sistem ini termasuk:

    i. Sistem stand-alone (Stand-alone system)

    ii. Sistem client-server (Client-server system

    iii.Sistem web-based (Web-based system)

    iv. Sistem mudah alih (Mobile Apps)

    v. Sistem progressive web apps (Progressive web apps)

     
    PERISIAN APLIKASI 

    a) Perisian umum (General purpose application software) seperti MSWord, MS-Excel, MSPowerpoint, MS-Access dan lain-lain.

    b) Perisian spesifik (Special purpose application software) seperti AutoCAD, MATLAB, SPSS dan lain-lain.

     

    APLIKASI PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN

      Aplikasi yang disediakan dalam bentuk penyampaian perkhidmatan melalui platform internet yang mempunyai spesifikasi teknikal dan membabitkan mana-mana satu atau gabungan mana-mana perkhidmatan berikut:

    i. Perkhidmatan aplikasi

    ii. Perkhidmatan data

    iii. Perkhidmatan runtime

    iv. Perkhidmatan middleware

    v. Perkhidmatan sistem pengoperasian (OS)

    vi. Perkhidmatan virtualization

    vii. Perkhidmatan pelayan

    viii. Perkhidmatan storan (storage)

    ix. Perkhidmatan rangkaian

    a) Perkhidmatan penyampaian infrastruktur (Infrastructure as a service - IaaS) yang mempunyai spesifikasi teknikal bagi mana-mana satu atau gabungan penyampaian perkhidmatan berikut:

    i. Virtualization

    ii. Pelayan

    iii. Storan

    iv. Rangkaian

    b) Perkhidmatan penyampaian platform (Platform as a service - PaaS) yang mempunyai spesifikasi teknikal bagi mana-mana satu atau gabungan penyampaian perkhidmatan berserta spesifikasi berikut:

    i. Runtime

    ii. Middleware

    iii. Sistem pengoperasian

    iv. Virtualization

    v. Pelayan

    vi. Storan

    vii. Rangkaian

     

     a) Perkhidmatan penyampaian perisian (Software as a service - SaaS) yang bersifat langganan (Subscription-ware) atau sewaan (Rent-ware) perisian yang berlesen yang diakses dari sesuatu host (Internet) atau melalui perkhidmatan di awan (cloud services) seperti pangkalan data atas talian, eContent, eBook, eReport dan eJournal. Ini termasuk juga aplikasi seperti Streamyard, Google Meet, Zoom dan Microsoft Teams.

    b) Mana-mana aplikasi perkhidmatan yang tidak mempunyai spesifikasi teknikal mana-mana satu atau gabungan dari manamana sembilan (9) penyampaian perkhidmatan (Application as a Service) seperti yang dinyatakan.

    c) Langganan pelan data.

    PENYELENGGARAAN

    a) Penyelenggaraan sistem (System maintenance) - Terhad kepada penyelenggaraan pencegahan (Preventive maintenance) iaitu penyelenggaraan berjadual untuk memeriksa sistem ICT berkaitan supaya berfungsi dengan lancar dan optimum.

    • Aktiviti -aktiviti yang termasuk dalam penyelenggaraan sistem adalah pengukuran tahap prestasi dan penalaan sistem (Measurement of system’s performance and tuning), pemeriksaan virus (Scanning virus and active directory), pengawalan dan pemampatan kapasiti data (Data volume control and compression), pengarkiban data (Data archiving), pengesanan kerosakan hard disk, penggantian bateri (UPS) dan pencegahan sistem keselamatan.

    b) Peningkatan sistem (System upgrading) - Penambahbaikan ciri dan fungsi baru kepada sistem ICT sedia ada supaya lebih baik.

    • Melibatkan peningkatan kapasiti perkakasan dengan perubahan teknologi terkini, pertukaran versi perisian terkini dan pembaharuan lesen.
     
    ALAT PANDANG DENGAR ALATAN PENYIARAN 

    a) Radio.

    b) Sistem audio termasuk:

    i. PA system

    ii. In-door/ outdoor sound reinforcement system

    iii. Permanent installation audio system

    iv. Conference system

    c) Broadcast equipment - semua sistem audio satu (1) hala untuk tujuan penyiaran seperti audio signal processor dan audio mixer.

    d) AV control system - semua jenis sistem kawalan dan pemprosesan audio visual.

    e) Televisyen - semua jenis tv termasuk HDTV.

      Peralatan

    a) Perakam dan pemain MP3.

    b) Semua alat audio duplicator yang digunakan untuk duplikasi media.

    c) Kamera untuk tujuan khusus seperti kamera dron dan webcam pada komputer.

    d) Aksesori audio seperti microphone, lens, flashlight dan hailer.

    e) Aksesori video seperti skrin projektor (semua jenis), bulb projector, memori kad untuk kamera dan video camera.

    f) Lain-lain aksesori seperti kabel (HDMI, VGA, USB), rack (untuk barangan AV), connector untuk alatan AV, alat bantuan penglihatan 3D/ Augmented Reality, bateri untuk alatan AV, cakera VCD/ DVD dan tripod stand.

      Perkhimatan

    a) Perkhidmatan bagi tujuan penyelenggaraan - aktiviti yang dilakukan untuk memelihara, menjaga dan servis secara rutin bagi memastikan peralatan beroperasi pada tahap optimum.

    b) Perkhidmatan bagi tujuan pembaikian (alat ganti) - aktiviti yang melibatkan pengesanan kerosakan dan penukaran alat ganti bagi memastikan peralatan kembali beroperasi ke tahap optimum.

    c) Perkhidmatan bagi tujuan penambahbaikan (upgrading) kepada peralatan sedia ada - aktiviti yang dilakukan untuk menambah atau meningkatkan fungsi peralatan yang sedia ada.

    d) Perkhimatan yg ditawarkan untuk kegunaan spesifik, bersifat sementara dan tiada spesifikasi standard. Contoh Sewaan PA System.

     

    ALATAN PERAKAM 

    a) Video camera - semua jenis video camera, camcorder, perakam video dan DSLR camera.

    b) Kamera pegun (Still camera) - perakam imej statik digital, analog dan DSLR.

    c) Semua jenis projector termasuk LCD/ LED video projector

    d) Projektor untuk transparensi seperti Overhead Projector (OHP).

    e) Pemain VCR Player (VHS Tape).

    f) Pemain VCD/ DVD (VCD/ DVD Disc).

     ALATAN PEMBENTANGAN 

    a) Visual Presenter - Projektor yang digunakan untuk memaparkan imej dari buku atau gambar bercetak ke skrin layar.

    b) Slide Projector - Projektor yang digunakan untuk memancarkan imej slaid pada skrin.

    c) Display Board - Paparan elektronik yang digunakan untuk memaparkan maklumat.

    d) Interactive board.

    PERALATAN ELEKTRONIK PEJABAT PERALATAN ELEKTRONIK PEJABAT

    a) Mesin fotostat.

    b) Pencetak kertas berkapasiti tinggi.

    c) Pencetak kertas pelbagai fungsi termasuk fungsi fax dan pengimbas.

    d) Peralatan elektronik untuk kelengkapan pejabat seperti berikut :

    i. Pengimbas dan pencetak kod bar

    ii. Pengimbas cap jari

    iii. Pericih kertas

    iv. Laminator

    v. Penapis udara (air purifier

    vi. Penapis air (water dispenser)

    e) Sistem CCTV .

    f) Sistem akses pintu (RFID/ Biometric).

     a) Peralatan elektrik seperti peti sejuk, microwave, cerek letrik, pembakar roti dan coffee machine.

    b) Pencetak yang mempunyai kegunaan spesifik seperti pencetak resit, pencetak 3D, pencetak plotter (Wide format printing), pencetak thermal (post printer), pencetak DTG (Direct to Garment), dan pencetak label.

    c) Peralatan elektronik untuk kegunaan di makmal seperti multimeter dan oscilloscope.

    d) Peralatan elektronik yang mempunyai fungsi spesifik/ khas untuk kegunaan PTJ seperti penyukat suhu, waterjet, treadmill, kerusi urut, dron dan palang parkir secara elektronik (boom/ barrier gate).

    e) Peralatan elektronik yang dikategori sebagai aksesori seperti pengecas dan kabel data. 

    f) Peralatan Perpustakaan merangkumi RFID untuk buku, kiosk Book Return System dan Barrier Gate.

    g) Perkhidmatan bagi tujuan penyelenggaraan - aktiviti yang dilakukan untuk memelihara, menjaga dan servis secara rutin bagi memastikan peralatan beroperasi pada tahap optimum.

    h) Perkhidmatan bagi tujuan pembaikian (alat ganti) - aktiviti yang melibatkan pengesanan kerosakan dan penukaran alat ganti bagi memastikan peralatan kembali beroperasi ke tahap optimum.

    i) Perkhidmatan bagi tujuan penambahbaikan (upgrading) kepada peralatan sedia ada - aktiviti yang dilakukan untuk menambah atau meningkatkan fungsi peralatan yang sedia ada. Contoh: Penambahan user card untuk sistem akses pintu.

    j) Perkhimatan yg ditawarkan untuk kegunaan spesifik, bersifat sementara dan tiada spesifikasi standard. Contoh : Sewaan peralatan pengukuran elektronik.

    PERALATAN TELEKOMUNIKASI  PERALATAN TELEKOMUNIKASI 

     a) Radio dua-hala seperti Walkie-talkie.

     b) Telefon selular (mobile phone)

    c) Telefon (IP dan Talian Tetap).

    d) Sistem telekonferensi/ konferensi video.

    e) Sistem intercom.

    a) Peralatan yang dikategori pakai habis seperti bateri.

    b) Peralatan aksesori seperti pengecas, kabel dan handheld PTT mic.

    c) Kelulusan pertukaran kategori talian telefon seperti pertukaran talian B kepada talian A.

    d) Langganan pelan data bersama pembelian telefon selular.

    e) Perkhidmatan bagi tujuan penyelenggaraan - aktiviti yang dilakukan untuk memelihara, menjaga dan servis secara rutin bagi memastikan peralatan beroperasi pada tahap optimum.

    f) Perkhidmatan bagi tujuan pembaikian (alat ganti) - aktiviti yang melibatkan pengesanan kerosakan dan penukaran alat ganti bagi memastikan peralatan kembali beroperasi ke tahap optimum .

    g) Perkhidmatan bagi tujuan penambahbaikan (upgrading) kepada peralatan sedia ada - aktiviti yang dilakukan untuk menambah atau meningkatkan fungsi peralatan yang sedia ada.

    h) Perkhimatan yg ditawarkan untuk kegunaan spesifik, bersifat sementara dan tiada spesifikasi standard. 

    Today Statistic


    *Data source: Google Analytics

    Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
    Kampus Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam,
    Selangor, Malaysia.

    Tel: +603-3258 4000
    Fax: +603-3258 4019 

    Email: korporatucs@uitm.edu.my