i. Meluluskan permohonan perolehan UiTM Cawangan/ Kampus Negeri mengikut had nilai kelulusan di bawah skop bidang seperti berikut:
- ICT
- Alat Pandang Dengar
- Peralatan Elektronik Pejabat
- Peralatan Telekomunikasi
ii. Meluluskan permohonan perolehan UiTM Ccawangan berdasarkan skop bidang mengikut had nilai perolehan iaitu sehingga RM500,000.
iii. Mencadangankan arah tuju dan strategik untuk pelaksanaan ICT dan elektronik UiTM Cawangan.
iv. Mengenalpasti dan mencadangkan sumber seperti kepakaran dan tenaga kerja yang diperlukan untuk melaksanakan arah tuju serta strategi ICT dan elektronik UiTM Cawangan.
v. Menyelaras pelaksanaan program ICT dan elektronik UiTM Cawangan.
vi. Mengetuai dan memantau perkembangan program ICT dan elektronik UiTM Cawangan serta memahami keperluan, masalah dan isu-isu yang dihadapi dalam pelaksanaan.
vii. Membuat penilaian teknikal permohonan mengikut had nilai kelulusan di bawah skop bidang seperti skop peralatan.
viii. Membuat penilaian ternikal permohonan mengikut skop bidang untuk had nilai kelulusan sehingga RM500,000 seperti berikut:
- Meluluskan spesifikasi
- Mengesyorkan analisa teknikal
- Mengesahkan ujilari
- Mengesyorkan pertukaran model
- Mengesyorkan penggantian peralatan yang hilang
ix. Menyediakan laporan kepada JPPIT mengikut keperluan.
1) Had Nilai Perolehan :
Sebarang permohonan penilaian teknikal perlu dimajukan kepada Jawatankuasa Teknikal yang berkaitan berdasarkan kos perolehan dan perlu mendapat kelulusan daripada PTJ seperti di bawah :
a. Permohonan bernilai lebih daripada RM500,000.00 :
- PTJ yang meluluskan : UiTM Shah Alam
- Jawatankuasa teknikal yang meluluskan: JITE
b. Permohonan bernilai RM500,000.00 dan ke bawah :
- PTJ yang meluluskan : UiTM Cawangan
- Jawatankuasa teknikal yang meluluskan: JITEN