Lawatan Penanda Aras Amalan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)

 

4 Jun 2024 - Lawatan penanda aras amalan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) oleh UiTM Cawangan Selangor (UCS) ke Kementerian Kerja Raya (KKR) Malaysia telah diadakan dengan jayanya. Delegasi UCS seramai tiga puluh (30) orang telah diketuai Encik Qamarul Anuar Mohamad, Penyelaras EKSA UCS.

Lawatan ini diadakan bertujuan melihat pelaksanaan EKSA di KKR serta mendapatkan khidmat nasihat dan tunjuk ajar daripada KKR dalam usaha mendapatkan pensijilan EKSA di UCS. Siri kunjungan penanda aras ini telah sambut baik oleh Puan Suhana Binti Md Sharif selaku Ketua Penolong Setiausaha Cawangan Pengurusan Kualiti, Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP) yang merupakan urusetia induk bagi EKSA, Fasilitator Zon EKSA KKR serta wakil setiap bahagian.

#UCSCemerlang

Sumber: Unit Komunikasi Korporat

Contact Us

Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
Kampus Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam,
Selangor, Malaysia

Emel: korporatucs@uitm.edu.my

Tel: +603-3258 4000