Program "Campus Walk With Rector"

 

8 Jun 2024 - Program “Campus Walk with Rector” anjuran Unit Sukan, Bahagian Hal Ehwal Pelajar UiTM Cawangan Selangor (UCS) telah berlangsung dengan jayanya dengan penglibatan pelajar dan staf seramai 728 orang. Program telah menyaksikan kemeriahan aktiviti "powerwalk" yang diketuai oleh YBrs Profesor Dr Ahmad Taufek Abdul Rahman, Rektor UCS, berjalan sekitar kolej kediaman Kampus Puncak Alam dengan rekod perjalanan sejauh 3.5km, dan lebih 5000 langkah.

Antara objektif penganjuran adalah memenuhi hasrat bersama YBrs Prof. Rektor dan juga Pengurusan Eksekutif UCS bagi memupuk budaya bersukan di samping meningkatkan tahap kesedaran kepentingan kesihatan fizikal dan mental.

#UCSCemerlang

Sumber: Unit Komunikasi Korporat

Contact Us

Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
Kampus Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam,
Selangor, Malaysia

Emel: korporatucs@uitm.edu.my

Tel: +603-3258 4000