21 Jun 2024 - UiTM Cawangan Selangor (UCS) dengan kerjasama Fakulti Pendidikan UiTM telah berjaya menganjurkan Kolokium Pendidikan Antarabangsa Serumpun yang dihadiri delegasi dari Universiti Islam Nusantara (UNINUS), Bandung, Indonesia. Kumpulan delegasi diketuai oleh Prof. Dr. H. Endang Komara, M. Si., Rektor UNINUS dan 78 pelajar Pascasiswazah dari program Education Management serta 9 orang lagi pensyarah pengiring, manakala 100 orang peserta dari UiTM turut terlibat.
Sesi Kolokium dan Pembentangan oleh pelajar pasca-sarjana dari kedua-dua universiti menekankan amalan pendidikan inovatif dan metodologi penyelidikan terkini. Kolokium ini sekaligus mengukuhkan hubungan antara kedua-dua institusi dan komitmen terhadap inovasi pendidikan dan kerjasama antarabangsa.
Sumber: Unit Komunikasi Korporat